Saturday, 6 October 2018

Cara menyembuhkan kulat air di jari/tapak tangan

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Saya nak kongsikan pengalaman saya tentang jari saya terkena kulat air dalam tempoh 4 bulan..semakin lama semakin teruk dan merebak ke jari lain..punca saya pakai cincin dan kulit mula mengelupas dan gatal apabila sabun tersekat di celah cincin tanpa di sedari..macam-macam cara saya cuba letak minyk gamat,letak krim free germs tetapi tak berhasil..pada korang yang mengalami masalah yang sama, tak kisah lah puncanya dari mana atau bagaimana ia terjadi..kadang sampai buntu fikirkan bagaimana nak sembuhkan kulat air yang degil ni..yela tapak tangan kan kita guna hari-hari..basuh tangan, mandi, makan & etc..kadang bila dah kering dan terkena air semula ia jadi berair dan kadang bernanah dan mula gatal semula..jadi saya ingin membantu sedikit sebanyak tips untuk sembuhkan kulat air ni. 

1. Saya elakan dari terkena air di kawasan trsebut. Jari di balut dengan tisu kering. Mandi tutup kawasan tersebut.

2. Saya guna krim econazine.

3. Agak-agak dah kering saya kopek kerana sesetengah tempat sahaja yang kering tetapi bahagian tengah kulit kering tersebut mengandungi nanah..Ya Allah denyutnya Allah sahaja yang tau..jadi saya kopek kerana kulit kering yang keras tersebut menghalang untuk ubat meresap lalu saya sapu econazine lagi sampai ia betul-betul kering dan tidak ada nanah dalam isi kulit tersebut.

Ni gambar sebelum dan selepas..


Jadi pada yang buntu cari tips atau cara bagaimana matikan kulat air ni saya cuba kongsi tips ini..ia bersesuaian dengan kulit saya jika korang ingin mencuba tips ni saya doakan korang sembuh macam saya juga..ok itu sahaja entry saya kali ni..terima kasih membaca..Assalamualaikum🙂